Sunday, July 14, 2013

Kampung Girl



Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin.

Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.


Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit?


Download full episod:
Kampung Girl Episod 01 = DOWNLOAD
Kampung Girl Episod 02 = DOWNLOAD
Kampung Girl Episod 03 = DOWNLOAD

Wednesday, July 10, 2013

Drama Demi Dia



Drama ini mengisahkan Zack dan Azura yang berkahwin di usia muda. Zack merupakan lelaki yang kaya tetapi tidak pandai berdikari. Perkahwinan mereka ditentang oleh bapa Zack iaitu Tan sri Puteh. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur dengan syarat bapanya. Tanpa diketahui Zack, Wanda (kakak tiri Zack) cuba memisahkan mereka (arahan Tan Sri Puteh). Wanda mengupah Sheila untuk jadi penghalang cinta Zack dan Azura.
Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan hilang ingatan. Memori bersama Azura juga hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun dikacau oleh Wanda. Ia menjadi semakin sukar bila Sheila dan Wanda memusnahkan segalanya. Sikap Mak Su Zack yang tamakkan wang hampir memusnahkan anak saudaranya.
Download Demi Dia:
Demi Dia Episod 01 = Episod 1
Demi Dia Episod 02 = Episod 2
Demi Dia Episod 03 = Episod 3
Demi Dia Episod 04=  Episod 4
Demi Dia Episod 05 = Episod 5
Demi Dia Episod 06 = Episod 6
Demi Dia Episod 07 = Episod 7 
Demi Dia Episod 08 = Episod 8
Demi Dia Episod 09 = Episod 9
Demi Dia Episod 10 = Episod 10
Demi Dia Episod 11 = Episod 11
Demi Dia Episod 12 = Episod 12
Demi Dia Episod 13 = Episod 13
Demi Dia Episod 14 = Episod 14

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan Yang Hilang



Ramadan Yang Hilang mengisahkan konfilk antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.


Ibu kandung Delisha, Rahimah meninggal dunia akibat asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula dipenjara kerana membunuh tanpa niat.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya menjadi seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan disebabkan Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya.

Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seor ang yang pend iam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.


Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Drama bersiri 18 episod ini menampilkan Eira Syazira dan Syatilla Melvin sebagai tunjang utama. Ia turut dibintangi Zamarul Hisham yang membawakan watak Zubir, Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam), Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil), Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).



Ramadan Yang Hilang Episod 01 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 02 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 03 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 04 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 05 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 06 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 07 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 08 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 09 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 10 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 11 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 12 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 13 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 14 = 
Ramadan Yang Hilang Episod 15 = 
Ramadan Yang Hilang Episod Akhir = 

Monday, July 1, 2013

Autumn Di Hatiku




Autumn Di Hatiku mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Suatu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?

Autumn Di Hatiku Episod 01-03 = DOWNLOAD
Autumn Di Hatiku Episod 04 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 05 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 06 = DOWNLOAD
Autumn Di Hatiku Episod 07 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 08 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 09 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 10 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 11 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 12 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 13 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 14 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 15 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 16 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 17 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 18 =  DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 19 = DOWNLOAD  
Autumn Di Hatiku Episod 20 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 21 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 22 = DOWNLOAD 
Autumn Di Hatiku Episod 23 = DOWNLOAD
Autumn Di Hatiku Episod 24 = 
Autumn Di Hatiku Episod 25 =
Autumn Di Hatiku Episod 26 =
Autumn Di Hatiku Episod 27 =
Autumn Di Hatiku Episod Akhir =

Tuesday, May 14, 2013

Cinta Jangan Pergi





Lea Soraya merupakan seorang gadis yang sangat merancang perjalanan hidupnya. Lea yang sememangnya sedang menuntut di luar negara mengambil keputusan bercuti di Eropah ketika cuti musim panas. Sewaktu percutian tersebut Lea bertemu dengan Khalil, dan keduanya saling tertarik lantas terjalinlah ikatan cinta.

Selepas tamat pengajian Lea dan khalil pulang ke Malaysia. Namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka terputus selama setahun. Sewaktu Khalil baru pulang ke Malaysia, dia  berhasrat ingin membuat kejutan kepada Lea, namun mengalami kecelakaan. Apakah yang berlaku seterusnya?


Download full episod dibawah:

Episod 01 dan 02 = DOWNLOAD
Episod 03 = DOWNLOAD
Episod 04 = DOWNLOAD
Episod 05 = DOWNLOAD
Episod 06 = DOWNLOAD 
Episod 07 = DOWNLOAD
Episod 08 = DOWNLOAD
Episod 09 = DOWNLOAD
Episod 10 = DOWNLOAD
Episod 11 = DOWNLOAD
Episod 12 = DOWNLOAD
Episod 13 = DOWNLOAD
Episod 14 = DOWNLOAD
Episod 15 = DOWNLOAD
Episod 16 = DOWNLOAD
Episod 17 = DOWNLOAD
Episod 18 = DOWNLOAD
Episod 19 = DOWNLOAD
Episod 20 = DOWNLOAD
Episod 21 = DOWNLOAD
Episod 22 = DOWNLOAD
Episod 23 = DOWNLOAD
Episod 24 = DOWNLOAD 
Episod 25 dan 26 DOWNLOAD

Kredit to: Kepala Bergetar

Monday, April 8, 2013

Drama Teduhan Kasih



                                                
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


DOWNLOAD TEDUHAN KASIH (EPISOD 1-28)

Teduhan Kasih Episod 01 = Episod 1
Teduhan Kasih Episod 02 = Episod 2
Teduhan Kasih Episod 03 = Episod 3
Teduhan Kasih Episod 04 = Episod 4
Teduhan Kasih Episod 05 = Episod 5
Teduhan Kasih Episod 06 = Episod 6
Teduhan Kasih Episod 07 = Episod 7 
Teduhan Kasih Episod 08 = Episod 8 
Teduhan Kasih Episod 09 = Episod 9
Teduhan Kasih Episod 10 = Episod 10 
Teduhan Kasih Episod 11 = Episod 11 
Teduhan Kasih Episod 12 = Episod 12
Teduhan Kasih Episod 13 = Episod 13
Teduhan Kasih Episod 14 = Episod 14 
Teduhan Kasih Episod 15 = Episod 15
Teduhan Kasih Episod 16 = Episod 16
Teduhan Kasih Episod 17 = Episod 17
Teduhan Kasih Episod 18 = Episod 18
Teduhan Kasih Episod 19 = Episod 19
Teduhan Kasih Episod 20 = Episod 20
Teduhan Kasih Episod 21 = Episod 21
Teduhan Kasih Episod 22 = Episod 22
Teduhan Kasih Episod 23 = Episod 23
Teduhan Kasih Episod 24 = Episod 24
Teduhan Kasih Episod 25 = Episod 25
Teduhan Kasih Episod 26 = Episod 26
Teduhan Kasih Episod 27 = Episod 27
Teduhan Kasih Episod 28 = Episod 28

Saturday, March 30, 2013


Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. 

Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.
Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.


Download Full Episod:

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 01 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 02 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 03 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 04 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 05 = DOWNLOAD 
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 06 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 07 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 08 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 09 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11 = DOWNLOAD 
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 (Tamat) = DOWNLOAD