Wednesday, May 2, 2012

Friday I'm In Love



Friday I'm In Love mengisahkan Awang (Qi) seorang yang lurus dan bersahaja. Awang akan jatuh cinta setiap kali hari Jumaat kepada gadis yang berbeza. Sebelum menjelang Jumaat lagi satu, dia akan berpisah dengan teman wanitanya.


Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem. 

Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya. 

Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin. 

Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi. 

Awang percaya dia terkena badi sumpahan orang yang ditujukan terhadap ibunya. Andai tidak menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor 'hamster'!

Episod 01 = DOWNLOADEpisod 02 = DOWNLOADEpisod 03 = DOWNLOADEpisod 04 = DOWNLOAD
Episod 05 = DOWNLOAD
Episod 06 = DOWNLOAD
Episod 07 = DOWNLOADEpisod 08 = DOWNLOADEpisod 09 = DOWNLOADEpisod 10 = DOWNLOADEpisod 11 = DOWNLOADEpisod 12 = DOWNLOADEpisod 13 = DOWNLOADEpisod 14 = DOWNLOAD

0 comments:

Post a Comment