Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan Yang Hilang



Ramadan Yang Hilang mengisahkan konfilk antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Syatilla Melvin) apabila Delisha yang juga anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang.


Ibu kandung Delisha, Rahimah meninggal dunia akibat asma sewaktu Delisha berumur 10 tahun. Bapa tiri Delisha, Bidin pula dipenjara kerana membunuh tanpa niat.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya menjadi seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan disebabkan Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pelajaran.

Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah dan Delisha berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandungnya.

Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur oleh ibu bapanya jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lama-kelamaan, Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapa dan juga neneknya, Maryam. Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seor ang yang pend iam dan suka menyendiri.

Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anak-anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak.


Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan Saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di universiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya, Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung.

Drama bersiri 18 episod ini menampilkan Eira Syazira dan Syatilla Melvin sebagai tunjang utama. Ia turut dibintangi Zamarul Hisham yang membawakan watak Zubir, Zila Bakarin (Saadiah), Norhayati Taib (Maryam), Alis Mariya (Zafirah waktu kecil), Melly Amalin (Delisha waktu kecil), Arja Lee (Rafiq) dan Sherrie Merlis (Rahimah).



Ramadan Yang Hilang Episod 01 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 02 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 03 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 04 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 05 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 06 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 07 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 08 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 09 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 10 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 11 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 12 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 13 =DOWNLOAD 
Ramadan Yang Hilang Episod 14 = 
Ramadan Yang Hilang Episod 15 = 
Ramadan Yang Hilang Episod Akhir = 

0 comments:

Post a Comment